Saturday, February 5, 2011

Sedar atau Tidak? S@T, Pilihlah S. Siri 1

Ketika semua manusia sibuk MENGUMPUL HARTA dan MERANCANG STRATEGIK MENAMBAH HARTA YANG DIMILIKI, ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa mereka TETAP akan melalui proses `PENYERAHAN` HARTA` yang mereka telah miliki kepada GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERHAK seperti bapa, ibu, suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik, bapa saudara dan waris-waris yang berhak. Ramai dikalangan kita yang begitu fokus kepada perancangan PENGUMPULAN HARTA sahaja tanpa memikirkan perancangan PEMBAHAGIAN HARTA terutamanya yang melibatkan pembahagian harta selepas kita meninggal dunia.

Mungkin kita terlupa dan alpa tentang perkara ini. Justeru itu, saya hadir disini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat secebis ilmu yang saya miliki ini berkaitan KEPENTINGAN MERANCANG HARTA PUSAKA. Bila saya bicarakan soal ini, pasti ramai yang tidak meminati kerana ia berkaitan soal KEMATIAN. Sabar dulu sahabat-sahabat. Nabi Muhammad S.A.W. ada berpesan kepada kita bahawa GOLONGAN YANG PALING CERDIK DI ATAS MUKA BUMI INI ADALAH GOLONGAN YANG SENTIASA INGAT TENTANG KEMATIAN. Kenapa begitu? Ini kerana, dengan mengingati mati, manusia akan sentiasa melakukan kebaikan. Tidakkah kita ingin menjadi insan yang paling cerdik di dunia? Patutkah kita elakkan diri kita dari memikirkan tentang kematian? Saya yakin kebenaran setiap jawapan kepada persoalan di atas pasti ada dalam diri sahabat-sahabat.

Oleh itu, wajarkah kita hanya memikirkan tentang PENGUMPULAN SAHAJA tanpa memikirkan tentang PEMBAHAGIAN kepada insan-insan yang anda sayangi? Segalanya terletak pada tangan dan hati anda sendiri.

ANDA BERHAK MENENTUKAN HALA TUJU HARTA ANDA!
ANDA BERHAK MEMPERCEPATKAN PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA WARIS ANDA !
ANDA BERHAK MEMBERIKAN HARTA YANG SELAMA INI ANDA KUMPUL KEPADA INSAN YANG ANDA SAYANGI SECARA MUTLAK ! 

Wednesday, September 22, 2010

Kesedaran tentang kepentingan pembahagian Harta Pusaka

Pernahkah kita terfikir tentang `arah tuju` harta milik kita selepas kita meninggalkan dunia menuju ke alam kubur? Hasil kaji selidik dan soal jawab saya terhadap masyarakat awam, ramai dikalangan kita yang belum berfikir tentang pengurusan dan pembahagian harta masing-masing apabila meninggalkan dunia kelak. Kemana harta kita diagihkan, bagaimana proses semua itu berlaku, siapa yang akan menguruskan harta dan kos yang yang perlu dikeluarkan untuk menempuh semua itu...

Sahabat-sahabat, tahukah kita bahawa harta-harta yang kita tinggalkan selepas kematian perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris atau golongan-golongan tertentu?

Tahukah kita bahawa harta-harta yang kita tinggalkan nanti perlu melalui beberapa proses yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum pembahagian harta dapat dilaksanakan? Adakah waris-waris kita tahu tentang `prosedur-prosedur` tersebut?

Tahukah waris-waris kita tentang `kos pengurusan` pertukaran milik harta kita kepada mereka? Dapatkah mereka menyediakannya? Adakah mereka mempunyai masa yang cepat untuk menguruskannya?

Tahukan kita bahawa terdapat `perbezaan besar` antara pemilik harta yang telah melantik wasi (pemegang amanah) dengan pemilik harta yang tidak melantik wasi?

Tahukan kita bahawa dengan melakukan persediaan menguruskan `harta peninggalan` semasa hidup akan memudahkan waris kita menguruskan `harta peninggalan` kita selepas kematian nanti?

Tahukah kita bahawa kita boleh memanfaatkan sebahagian harta peninggalan kita kepada `kebajikan` yang membolehkan kita memperoleh `pahala` secara berterusan untuk jaminan kebahagiaan di akhirat nanti?

Persoalan-persoalan di atas sengaja saya kongsikan bersama sahabat-sahabat dan mungkin boleh membantu sahabat-sahabat tentang betapa pentingnya membuat perancangan terhadap `harta pusaka` yang akan kita tinggalkan nanti terutamanya kita sebagai umat Islam. Akhir kata saya suka untuk membawa potongan hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud " Dari Ibnu Abbas r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda : Berikanlah harta pusaka kepada mereka yang berhak....." (Shahih Bukhari, hadith 1796, bahagian 4, bab harta pusaka,  muka surat 90). Berdasarkan petikan hadith di atas, Rasulullah s.a.w. menekankan kepada umatnya supaya memberikan harta yang ditinggalkan selepas kematian kepada mereka yang berhak. Bagaimana caranya? Semestinya melalui perancangan semasa kita hidup. Ini kerana selepas kita mati, kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa, sekalipun bertaubat. Jika taubat pun tidak mampu, apatah lagi untuk merancang pembahagian harta pusaka...

Monday, August 23, 2010

SEDIKIT CEBISAN PEMILIK BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang pertama kali membuka blog saya.
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya dapatlah saya mencipta laman blog saya sendiri. Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat guru blog saya, En. Mohamad Amin bin Hj Ahmad Basri atas tunjuk ajar sepanjang proses membina blog ini dijalankan.

Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian,
Tujuan UTAMA blog ini diwujudkan adalah untuk perkongsian ilmu MUAMALAH ISLAM terutama dalam hal HARTA PUSAKA ISLAM. Insyallah, saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya ada berkaitan PENGURUSAN DAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM pada masa akan datang. Saya juga mengharap jasa baik sahabat-sahabat untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan saya kerana besar kemungkinan ilmu yang sahabat-sahabat miliki tidak ada pada diri saya. Wallahua`lam. Sekian...